PERMOHONAN DALAM USUL CAWANGAN DUN SUNGAI PELEK 2006
Cawangan Pinggiran KLIA, Lembah Paya
Penubuhan JKKK sendiri dan ini bagi memastikan segala peruntukan dan kebajikan penduduk lebih terjamin di atas pengurusan kami sendiri. Ini kerana pihak kami berkongsi JKKK dengan JKKK Salak Tinggi dan selalunya segala peruntukan yang diajukan oleh Majlis Daerah atau jabatan-jabatan yang berkaitan tidak sampai kepada kampung kami. Permohonan ini juga telah 3 penggal mesyuarat agung kami suarakan termasuk memberikan kertas kerja yang telah kami hantar ke Pejabat Daerah

Papan tanda nama kampung yang telah kami suarakan pada mesyuarat agung yang lepas sehingga kini masih tiada lagi papan tanda nama kampung. Untuk makluman, papan tanda nama kampung ini pihak kami pernah berhasrat untuk membuat sendiri tetapi tidak dibenarkan oleh pihak JKR kerana pada masa itu pihak JKR memaklumkan bahawa setiap papan tanda nama kampung di dalam Daerah Sepang akan diseragamkan kerana Sepang akan dinaiktaraf sebagai Majlis Perbandaran pada masa itu

Cawangan Hulu Chuchuh
Jalan merupakan alat perhubungan yang penting bagi memudahkan penduduk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu, ia juga menghubungkan masyarakat desa dengan bandar dan sebaliknya. Pembinaan jalan alternatif atau jalan pilihan kedua patut dibina agar jaraknya menjadi dekat dan perjalanan menjadi lebih cepat.

Oleh itu, persidangan cawangan Hulu Chuchuh pada malam ini mendesak pihak kerajaan atau Kementerian Kerja Raya supaya menyegerakan pembinaan jalan pilihan kedua dari Kampung Hulu Chuchuh ke bandar-bandar berhampiran seperti Bandar Baru Salak Tinggi dan Banting melalui Agrotek Sepang kerana perjalanan akan menjadi cepat jika ia diwujudkan.

Pertambahan penduduk di Kampugn Hulu Chuchuh dan di kampung-kampung yang berhampiran semakin ramai dengan wujudnya KLIA. Sekolah yang ada seperti Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang di Kampung Bukit Bangkong dan Sekolah Agama KAFA di Kg Hulu Chuchuh tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai. Oleh itu, persidangan cawangan ini mendesak pihak kerajaan negeri Selangor supaya mewartakan tanah kerajaan di kawasan Tailong seluas 20 ekar untuk pembinaan Kompleks Pendidikan pada masa akan datang.

Cawangan Bagan Lalang
Penganugerah tanah untuk tujuan pembangunan secara realistis kepada pemaju dan ketelusan perlaksanaannya kerana bermacam-macam masalah timbul sejak kawasan pantai dimajukan seperti pantai semakin sempit, kepupusan hidupan laut dan perasaan curiga menghantui sebilangan penduduk setempat dengan cara perlaksanaan pemberian itu. Kerajaan harus seimbangkan antara kemajuan dan keperluan rakyat yang telah membuktikan dan sentiasa patuh kepada arahan pemimpin dan hasrat kerajaan.

Penguatkuasaan, pemantauan dan tindakan terhadap pemborong dan pengedar barang-barang terkawal serta cadangan mengatasinya iaitu mencadangkan agar tindakan lebih tegas diambil untuk mengatasi situasi ini. Cadangan pindaan undang-undang penguatkuasaan barang-barang terkawal perlu dibuat. Mana-mana individu atau pemilik syarikat yang mencetuskan keadaan huru-hara kerana ketiadaan bahan keperluan mesti dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan dihukum di bawah ISA.

Cadangan lain iaitu kerajaan atas sifat prihatin dan rasa tanggungjawab terhadap rakyat kami amat berharap kerajaan tidak terlalu kerap menaikkan tarif bahan asas seperti air, eletrik dan bahan baker. Kenaikan tarif bahan keperluan ini sering mencetuskan perdebatan dan mencetuskan kenaikan harga dan kekurangan bahan terkawal juga barang yang tidak dikawal.

Cawangan Sungai Pelek Pekan
Usul politik : Kerajaan perlu membentuk satu panel pemandu yang akan mengkaji, mengenal pasti, merumuskan formula penyelesaian terhadap segala permasalahan yang berkaitan dengan bangsa Melayu. Panel ini hendaklah terdiri daripada kalangan yang berwibawa, berautoritatif dan representative.

Kerajaan perlu mengkaji kemungkinan menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi pemangkin kepada penyatuan, kemajuan dan hala tuju bangsa Melayu. Antara intrigiti yang harus ada dalam kerangka structural institusi ini ialah Akademi Kepimpinan Melayu atau Malay Leadership Academy yang antara lain berfungsi

- mengkaji secara menyeluruh pemimpin dan kepimpinan peringkat dunia, serantau dan kebangsaan

- mencari keistimewaan dan kelebihan fugure pemimpin

- unsur yang membantu watak dan intigriti kepimpinan

Cawangan Salak Tengah
Memohon dibina sebuah Dewan Serbaguna di dalam kawasan Cawangan Zon Salak bagi keperluan masyarakat tempatan. Pada masa ini balai raya yang ada terlalu sempit untuk kegiatan belia dan masyarakat setempat.

Memohon supaya diadakan kembali Sekolah Rendah Agama untuk pelajar kampung ini. Pada masa ini Sekolah Agama Salak Tinggi hanya dikhaskan untuk sekolah integrasi sahaja. UMNO Cawangan Salak Tengah berharap sekolah integrasi ini dialihkan ke tempat lain ataupun dibina bangunan sendiri memandangkan matlamat utama pembinaan sekolah agama yang diusahakan oleh arwah Tun Haji Mohd Zain bin Janu dahulu adalah untuk keperluan murid tempatan bagi mempelajari kelas agama dan Kafa

Mendesak pihak berkuasa agar diadakan perkhidmatan bas awam dari Bandar Baru Salak Tinggi ke Pekan Salak. Sebenarnya laluan bas awam ini memang telah sedia ada tetapi diberhentikan tanpa sebab yang munasabah.

Mendesak pihak berkuasa supaya jalan tepi Sungai Labu dari kilang perabot Sulaiman dan Dayang arah ke hulu dinaik taraf dari jalan kasran ke jalan bertar memandangkan jalan ini sekarang berlopak-lopak. Sementara Jalan Saleh dinaik taraf dengan membina parit simen dikiri kanan jalan

Cawangan RKT Labu Lanjut
Memohon agar UMNO Bahagian melalui sumber tenaga yang ada untuk menyalurkan bantuan agar tertubuhnya satu perpustakaan desa/pusat sumber/pusat ICT di Kampung Labu Lanjut.

Memohon agar Ketua UMNO Bahagian Sepang mendesak agensi-agensi kerajaan menyegerakan perlaksanaan cadangan dalam portfolio pembangunan Kampung Baru Lanjut yang telah dihantar ke Pejabat UMNO Bahagian Sepang pada 3 Mac 2006

Memohon agar UMNO Bahagian mendesak mana-mana pihak agar menyegerakan pembinaan padang sekolah dan kantin sekolah di bangunan baru agar anak-anak yang bersekolah dapat melakukan aktiviti sukan dan berehat di tempat yang sesuai

Cawangan Bukit Palembang
Memohon supaya dapat diadakan sebuah dewan terbuka di kawasan UMNO Cawangan Bukit Palembang

Memohon supaya tanah-tanah yang telah dibatalkan hak miliknya ataupun tanah-tanah yang tiada EMR yang terdapat di dalam kawasan UMNO Cawangan Bukit Palembang, dipecahkan kepada lot-lot perumahan untuk diagih-agihkan kepada ahli cawangan Bukit Palembang yang berkelayakan

Menggesa pihak berwaajib supaya mengadakan tempat pejalan kaki/rekreasi di kiri kanan sepanjang Sungai Palembang. Kawasan yang dicadangkan bermula dari sungai berhampiran dengan Kolej Teknologi Timur hinggalah ke sungai berhampiran dengan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL-MIAT)

Cawangan Jenderam Hulu
UMNO Cawangan Jenderam Hulu dengan ini menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO bersama-sama Barisan Jemaah Menteri Kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO untuk terus memimpin Malaysia menjadi negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang

UMNO Cawangan Jenderam Hulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Negarawan Terbilang dan Terulung, Yang Amat Mulia Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia dan bekas Presiden UMNO yang banyak berjasa kepada parti UMNO khususnya kepada orang Melayu dan negara yang tercinta

UMNO Cawangan Jenderam Hulu memohon jasa baik YB Dato Ir Mohamad Zin Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Sepang, mendesak Pejabat Daerah Sepang dan jabatan-jabatan kerajaan dengan segera meluluskan beberapa permohonan dari kampung ini antaranya;

Membina Kompleks Sukan Mini yang merangkumi sebuah dewan serbaguna, padang bola sepak, padang bola jaring, gelanggang sepak takraw, taman permainan kanak-kanak dan kawasan riadah yang lain di tapak yang sedia ada iaitu di Quarry Reserved GN4788-41 seluas 15 ekar di kampung Jenderam Hulu

Menaik taraf Rumah Kaum Ibu sebagai Pusat Kegiatan Wanita dengan mengubahsuai keluasan rumah yang lebih luas serta memohon kelengkapan seperti kerusi meja dan kemudahan asas yang lain

Memohon dari kerajaan negeri Selangor melalui pejabat Menteri Besar dan Pejabat Tanah Daerah Sepang meluluskan satu kawasan tanah untuk tujuan projek pembesaran kampung di mana menganugerahkan tanah untuk tapak perumahan atau kawasan pertanian kepada penduduk-penduduk kampung Jenderam Hulu.

Memohon jasa baik Wakil Rakyat supaya memastikan kedai IKS 12 unit yang dibina oleh Majlis Perbandaran Sepang di Kampung Jenderam Hulu diberi keutamaan kepada permohonan dari anak tempatan di kampung ini dan tidak daripada permohonan luar

Mendesak Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Pejabat Tanah Sepang menyegerakan bayaran tambahan ke atas pampasan pengambilan tanah untuk pembesaran Sungai Jenderam

Cawangan Kota Warisan
Memohon Dewan Serbagauna dan surau untuk kemudahan penduduk Kota Warisan. Memohon dibina Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Memohon sebuah sekolah Tadika Kemas. Memohon JKR Sepang untuk membina bonggol jalan untuk keselamatan

Memohon taman permainan kanak-kanak. Memohon sebuah klinik desa. Merayu agar pihak polis membuat rondaan di kawasan perrumahan Kota Warisan. Memohon UMNO Bahagian bersama Majlis Perbandaran Sepang untuk memberi kelulusan untuk diadakan pasar FAMA setiap hari selasa.

Cawangan Desa RTB Labu Lanjut
Mendesak kepada Pejabat Daerah Sepang untuk menubuhkan atau mewujudkan Jawatankuasa Penduduk sendiri di Desa RTB Labu Lanjut

Mendesak kepada Pejabat Daerah Sepang supaya dapat mengekalkan nama kampung “Desa RTB Labu Lanjut” ini. Ini adalah satu-satunya tanah rancangan belia yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor kepada peserta belia yang asalnya datang dari Kampung Mukim Labu dan Mukim Sepang.

Rancangan Tanah Belia yang masih kekal di Daerah Sepang. Mendesak kepada Pejabat Daerah Sepang supaya dapat menyegerakan pewartaan permohonan tanah-tanah wakaf di Desa RTB dan Kampung Baru Lanjut

Memohon kepada Bahagian Pembangunan Daerah dapat melaksanakan beberapa projek pembangunan seperti
- parit-parit batu monsoon di dalam kawasan perumahan Desa RTB Labu Lanjut
- memohon padang permainan, gelanggang badminton, sepak takraw dan bola tampar
- memohon lampu-lampu jalan sebanyak 12 unit
- memohon jalan susur keluar masuk dari Jalan Pekeliling KLIA ke Kampung Baru Lanjut

Cawangan Taman Tanjung Mas
Memohon sebuah dewan mini yang lengkap dengan prasarana alat pandang dengar untuk memudahkan aktiviti dan pelbagai program bagi golongan remaja dan masyarakat setempat bagi menjana ekonomi setempat
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER