PERMOHONAN DALAM USUL CAWANGAN DUN SUNGAI PELEK 2006 |
Cawangan Pinggiran KLIA, Lembah Paya Penubuhan JKKK sendiri dan ini bagi memastikan segala peruntukan dan kebajikan penduduk lebih terjamin di atas pengurusan kami sendiri. Ini kerana pihak kami berkongsi JKKK dengan JKKK Salak Tinggi dan selalunya segala peruntukan yang diajukan oleh Majlis Daerah atau jabatan-jabatan yang berkaitan tidak sampai kepada kampung kami. Permohonan ini juga telah 3 penggal mesyuarat agung kami suarakan termasuk memberikan kertas kerja yang telah kami hantar ke Pejabat Daerah
Papan tanda nama kampung yang telah kami suarakan pada mesyuarat agung yang lepas sehingga kini masih tiada lagi papan tanda nama kampung. Untuk makluman, papan tanda nama kampung ini pihak kami pernah berhasrat untuk membuat sendiri tetapi tidak dibenarkan oleh pihak JKR kerana pada masa itu pihak JKR memaklumkan bahawa setiap papan tanda nama kampung di dalam Daerah Sepang akan diseragamkan kerana Sepang akan dinaiktaraf sebagai Majlis Perbandaran pada masa itu
Cawangan Hulu Chuchuh Jalan merupakan alat perhubungan yang penting bagi memudahkan penduduk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu, ia juga menghubungkan masyarakat desa dengan bandar dan sebaliknya. Pembinaan jalan alternatif atau jalan pilihan kedua patut dibina agar jaraknya menjadi dekat dan perjalanan menjadi lebih cepat.
Oleh itu, persidangan cawangan Hulu Chuchuh pada malam ini mendesak pihak kerajaan atau Kementerian Kerja Raya supaya menyegerakan pembinaan jalan pilihan kedua dari Kampung Hulu Chuchuh ke bandar-bandar berhampiran seperti Bandar Baru Salak Tinggi dan Banting melalui Agrotek Sepang kerana perjalanan akan menjadi cepat jika ia diwujudkan.
Pertambahan penduduk di Kampugn Hulu Chuchuh dan di kampung-kampung yang berhampiran semakin ramai dengan wujudnya KLIA. Sekolah yang ada seperti Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang di Kampung Bukit Bangkong dan Sekolah Agama KAFA di Kg Hulu Chuchuh tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai. Oleh itu, persidangan cawangan ini mendesak pihak kerajaan negeri Selangor supaya mewartakan tanah kerajaan di kawasan Tailong seluas 20 ekar untuk pembinaan Kompleks Pendidikan pada masa akan datang.
Cawangan Bagan Lalang Penganugerah tanah untuk tujuan pembangunan secara realistis kepada pemaju dan ketelusan perlaksanaannya kerana bermacam-macam masalah timbul sejak kawasan pantai dimajukan seperti pantai semakin sempit, kepupusan hidupan laut dan perasaan curiga menghantui sebilangan penduduk setempat dengan cara perlaksanaan pemberian itu. Kerajaan harus seimbangkan antara kemajuan dan keperluan rakyat yang telah membuktikan dan sentiasa patuh kepada arahan pemimpin dan hasrat kerajaan.
Penguatkuasaan, pemantauan dan tindakan terhadap pemborong dan pengedar barang-barang terkawal serta cadangan mengatasinya iaitu mencadangkan agar tindakan lebih tegas diambil untuk mengatasi situasi ini. Cadangan pindaan undang-undang penguatkuasaan barang-barang terkawal perlu dibuat. Mana-mana individu atau pemilik syarikat yang mencetuskan keadaan huru-hara kerana ketiadaan bahan keperluan mesti dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan dihukum di bawah ISA.
Cadangan lain iaitu kerajaan atas sifat prihatin dan rasa tanggungjawab terhadap rakyat kami amat berharap kerajaan tidak terlalu kerap menaikkan tarif bahan asas seperti air, eletrik dan bahan baker. Kenaikan tarif bahan keperluan ini sering mencetuskan perdebatan dan mencetuskan kenaikan harga dan kekurangan bahan terkawal juga barang yang tidak dikawal.
Cawangan Sungai Pelek Pekan Usul politik : Kerajaan perlu membentuk satu panel pemandu yang akan mengkaji, mengenal pasti, merumuskan formula penyelesaian terhadap segala permasalahan yang berkaitan dengan bangsa Melayu. Panel ini hendaklah terdiri daripada kalangan yang berwibawa, berautoritatif dan representative.
Kerajaan perlu mengkaji kemungkinan menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi pemangkin kepada penyatuan, kemajuan dan hala tuju bangsa Melayu. Antara intrigiti yang harus ada dalam kerangka structural institusi ini ialah Akademi Kepimpinan Melayu atau Malay Leadership Academy yang antara lain berfungsi
- mengkaji secara menyeluruh pemimpin dan kepimpinan peringkat dunia, serantau dan kebangsaan
- mencari keistimewaan dan kelebihan fugure pemimpin
- unsur yang membantu watak dan intigriti kepimpinan
Cawangan Salak Tengah Memohon dibina sebuah Dewan Serbaguna di dalam kawasan Cawangan Zon Salak bagi keperluan masyarakat tempatan. Pada masa ini balai raya yang ada terlalu sempit untuk kegiatan belia dan masyarakat setempat.
Memohon supaya diadakan kembali Sekolah Rendah Agama untuk pelajar kampung ini. Pada masa ini Sekolah Agama Salak Tinggi hanya dikhaskan untuk sekolah integrasi sahaja. UMNO Cawangan Salak Tengah berharap sekolah integrasi ini dialihkan ke tempat lain ataupun dibina bangunan sendiri memandangkan matlamat utama pembinaan sekolah agama yang diusahakan oleh arwah Tun Haji Mohd Zain bin Janu dahulu adalah untuk keperluan murid tempatan bagi mempelajari kelas agama dan Kafa
Mendesak pihak berkuasa agar diadakan perkhidmatan bas awam dari Bandar Baru Salak Tinggi ke Pekan Salak. Sebenarnya laluan bas awam ini memang telah sedia ada tetapi diberhentikan tanpa sebab yang munasabah.
Mendesak pihak berkuasa supaya jalan tepi Sungai Labu dari kilang perabot Sulaiman dan Dayang arah ke hulu dinaik taraf dari jalan kasran ke jalan bertar memandangkan jalan ini sekarang berlopak-lopak. Sementara Jalan Saleh dinaik taraf dengan membina parit simen dikiri kanan jalan
Cawangan RKT Labu Lanjut Memohon agar UMNO Bahagian melalui sumber tenaga yang ada untuk menyalurkan bantuan agar tertubuhnya satu perpustakaan desa/pusat sumber/pusat ICT di Kampung Labu Lanjut.
Memohon agar Ketua UMNO Bahagian Sepang mendesak agensi-agensi kerajaan menyegerakan perlaksanaan cadangan dalam portfolio pembangunan Kampung Baru Lanjut yang telah dihantar ke Pejabat UMNO Bahagian Sepang pada 3 Mac 2006
Memohon agar UMNO Bahagian mendesak mana-mana pihak agar menyegerakan pembinaan padang sekolah dan kantin sekolah di bangunan baru agar anak-anak yang bersekolah dapat melakukan aktiviti sukan dan berehat di tempat yang sesuai
Cawangan Bukit Palembang Memohon supaya dapat diadakan sebuah dewan terbuka di kawasan UMNO Cawangan Bukit Palembang
Memohon supaya tanah-tanah yang telah dibatalkan hak miliknya ataupun tanah-tanah yang tiada EMR yang terdapat di dalam kawasan UMNO Cawangan Bukit Palembang, dipecahkan kepada lot-lot perumahan untuk diagih-agihkan kepada ahli cawangan Bukit Palembang yang berkelayakan
Menggesa pihak berwaajib supaya mengadakan tempat pejalan kaki/rekreasi di kiri kanan sepanjang Sungai Palembang. Kawasan yang dicadangkan bermula dari sungai berhampiran dengan Kolej Teknologi Timur hinggalah ke sungai berhampiran dengan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL-MIAT)
Cawangan Jenderam Hulu UMNO Cawangan Jenderam Hulu dengan ini menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO bersama-sama Barisan Jemaah Menteri Kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO untuk terus memimpin Malaysia menjadi negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang
UMNO Cawangan Jenderam Hulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Negarawan Terbilang dan Terulung, Yang Amat Mulia Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia dan bekas Presiden UMNO yang banyak berjasa kepada parti UMNO khususnya kepada orang Melayu dan negara yang tercinta
UMNO Cawangan Jenderam Hulu memohon jasa baik YB Dato Ir Mohamad Zin Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Sepang, mendesak Pejabat Daerah Sepang dan jabatan-jabatan kerajaan dengan segera meluluskan beberapa permohonan dari kampung ini antaranya;
Membina Kompleks Sukan Mini yang merangkumi sebuah dewan serbaguna, padang bola sepak, padang bola jaring, gelanggang sepak takraw, taman permainan kanak-kanak dan kawasan riadah yang lain di tapak yang sedia ada iaitu di Quarry Reserved GN4788-41 seluas 15 ekar di kampung Jenderam Hulu
Menaik taraf Rumah Kaum Ibu sebagai Pusat Kegiatan Wanita dengan mengubahsuai keluasan rumah yang lebih luas serta memohon kelengkapan seperti kerusi meja dan kemudahan asas yang lain
Memohon dari kerajaan negeri Selangor melalui pejabat Menteri Besar dan Pejabat Tanah Daerah Sepang meluluskan satu kawasan tanah untuk tujuan projek pembesaran kampung di mana menganugerahkan tanah untuk tapak perumahan atau kawasan pertanian kepada penduduk-penduduk kampung Jenderam Hulu.
Memohon jasa baik Wakil Rakyat supaya memastikan kedai IKS 12 unit yang dibina oleh Majlis Perbandaran Sepang di Kampung Jenderam Hulu diberi keutamaan kepada permohonan dari anak tempatan di kampung ini dan tidak daripada permohonan luar
Mendesak Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Pejabat Tanah Sepang menyegerakan bayaran tambahan ke atas pampasan pengambilan tanah untuk pembesaran Sungai Jenderam
Cawangan Kota Warisan Memohon Dewan Serbagauna dan surau untuk kemudahan penduduk Kota Warisan. Memohon dibina Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Memohon sebuah sekolah Tadika Kemas. Memohon JKR Sepang untuk membina bonggol jalan untuk keselamatan
Memohon taman permainan kanak-kanak. Memohon sebuah klinik desa. Merayu agar pihak polis membuat rondaan di kawasan perrumahan Kota Warisan. Memohon UMNO Bahagian bersama Majlis Perbandaran Sepang untuk memberi kelulusan untuk diadakan pasar FAMA setiap hari selasa.
Cawangan Desa RTB Labu Lanjut Mendesak kepada Pejabat Daerah Sepang untuk menubuhkan atau mewujudkan Jawatankuasa Penduduk sendiri di Desa RTB Labu Lanjut
Mendesak kepada Pejabat Daerah Sepang supaya dapat mengekalkan nama kampung “Desa RTB Labu Lanjut” ini. Ini adalah satu-satunya tanah rancangan belia yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor kepada peserta belia yang asalnya datang dari Kampung Mukim Labu dan Mukim Sepang.
Rancangan Tanah Belia yang masih kekal di Daerah Sepang. Mendesak kepada Pejabat Daerah Sepang supaya dapat menyegerakan pewartaan permohonan tanah-tanah wakaf di Desa RTB dan Kampung Baru Lanjut
Memohon kepada Bahagian Pembangunan Daerah dapat melaksanakan beberapa projek pembangunan seperti - parit-parit batu monsoon di dalam kawasan perumahan Desa RTB Labu Lanjut - memohon padang permainan, gelanggang badminton, sepak takraw dan bola tampar - memohon lampu-lampu jalan sebanyak 12 unit - memohon jalan susur keluar masuk dari Jalan Pekeliling KLIA ke Kampung Baru Lanjut
Cawangan Taman Tanjung Mas Memohon sebuah dewan mini yang lengkap dengan prasarana alat pandang dengar untuk memudahkan aktiviti dan pelbagai program bagi golongan remaja dan masyarakat setempat bagi menjana ekonomi setempat Baca Seterusnya!
|
|
|
KETUA-KETUA CAWANGAN 2004-2007 DUN SUNGAI PELEK |
Jenderam Hulu ENCIK ROSDIN BIN IBRAHIM No.70, Batu 27, Kampung Jenderam Hulu, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-8768 8579/ 016-277 0270
Bukit Palembang ENCIK YUSRI BIN ABU No.211, Batu 29, Kampung Jenderam Hulu, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan Tel : 019-356 1901
Taman Desa Vista ENCIK MOHAMED BIN MD. NAWI No.47, Jalan Vista 2/6, Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 019-385 6307
Bandar Baru Salak Tinggi ENCIK JAMALI BIN LATIF (AJK Bahagian/Pemangku Ketua Cawangan) No.23, Jalan ST 1C/1, Taman Selasih, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan Tel : 019-245 6164
Taman Anggerik, BBST ENCIK AHMAD IDRIS BIN MOHD SARIP Lot 1087, Jalan Kijeng, Kg. Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 012-281 0262
Taman Mawar, BBST ENCIK AHMAD BIN ABU SALAM No.11, Jalan Mawar 10 A, Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 012-395 3038
Taman Seroja, BBST ENCIK ALIAS BIN ZAKARIA No.3, Jalan Seroja 21, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 019-347 2102
Taman Kota Warisan, BBST ENCIK MOHD AZLAN BIN KASIMON A-G-8, Apartment Prima, Kota Warisan, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 019-237 6484
KLIA Sepang ENCIK ALI IBRAHIM BIN AHMAD (AJK Bahagian) Pan Pacific Hotel, Jalan CTA 4B, Kuala Lumpur International Airport 64000 KLIA Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-8778 0092/ 013-367 0212
RKT Labu Lanjut ENCIK ABD RAZAK BIN HAJI WAHID No.2452, Kampung Baru Lanjut, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 012-683 2452
RKT Lanjut Tengah ENCIK MOHD ZAINI BIN ABD.RAHIM No.19, Kampung Baru Lanjut, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 012-676 8057
Desa RTB Labu Lanjut TUAN HAJI KAMARI BIN MISDI No.9, RTB Labu Lanjut, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-8706 5106
Kampung Giching ENCIK ZAINUDDIN BIN ABDUL HAMID No.13, Medan 23, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-8706 1097/ 012-295 1907
Kampung Salak Tinggi ENCIK KAMARUDDIN BIN HAJI MOHD YUSOFF No.3, Kedai PLB, Kampung Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-8706 1828/ 019-266 5067
Salak Tengah TUAN HAJI ZAKARIA BIN KALIWON Lot 110, Kampung Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 019-398 0921/ 012-683 5144
Salak Pekan ENCIK MEGAT HASHIM BIN AHMAD No.1, Kedai Kerajaan Jalan Besar Pekan Salak, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 012-976 6280/ 012-912 9581
Taman PKNS, Salak TUAN HAJI MOHD SHARIF BIN TEKU Lot 2357, Jalan Giching – Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-8706 4917/ 012-903 6147
Pinggiran KLIA, Lembah Paya ENCIK HAMID BIN DOLLAH Lot 21, Kampung Lembah Paya, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-8706 1121/ 016-356 5094
Kampung Tanjung Mas, Batu 2 ENCIK BASRI BIN AHMAD, Lot 776/1, Kampung Tanjung Mas Batu 2, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-3141 3843/ 013-620 0932
Taman Tanjung Mas, Batu 2 ENCIK HAMDAN BIN YUSOF Lot 4409, Jalan Besar Batu 2 ½, Kampung Tanjung Mas, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 012-625 2776/ 013-356 1241/ 03-3142 1424
Jelutong Endah, Batu 4, Sg. Pelek ENCIK FUAD BIN ADNAN Lot 3889, Kampung Jelutong Endah, Batu 4, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-3167 5307/ 019-239 2070
Sungai Pelek Pekan ENCIK HANAPIAH BINTI MUHAMMAD No.1, Kedai PLB Taman Merbau Sungai Pelek, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-3147 2711/ 019-334 7785
Hulu Chuchuh TUAN HAJI BASIR BIN WAGIMAN Jalan Tailong, Kampung Ulu Chuchuh, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-3141 2050/ 012-662 8548
Bagan Lalang ENCIK MOHD BASUNI BIN ABDULLAH Lot 1133, Kampung Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 017-670 2210/ 012-692 4698
Taman Seri Bayu, Bagan Lalang ENCIK ZAMRI BIN JAMALUDDIN No.2, Jalan 18, Taman Seri Bayu, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 019-206 1707
Sungai Sepang Kechil TUAN HAJI ARIFFIN BIN MUHAMMAD 177, Kampung Air Meleleh (ByPass) 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan Tel : 013-701 3197
Kampung Bonon, Hulu Chuchuh TUAN HAJI SALAM BIN WAGIMAN Jalan Bonon 2, Kampung Hulu Chuchuh, 43950 Sungai Pelek Sepang, Selangor. Tel : 019-2325789
Megah Villa Apartment, Kota Warisan ENCIK MOHD ALI BIN OMAR E-02-03 Megah Villa Apartment, Jalan Warisan Megah 1/6, Kota Warisan Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Tel : 03-87065643 (R)/ 012-6136932
Taman Sri Bayu ( Baru) Bagan Lalang ENCIK TAHA BIN OTHMAN No.19 Jalan Sri Bayu 15, Taman Sri Bayu, Bagan Lalang, Sungai Pelek, 43950 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 012-267 3746 Baca Seterusnya!
|
|
|
|
|